Hari nie terpaksa bangun awal pasal nak temankan Asyura dengan Rizal gi IKEA nak cari props for upcoming drama production.Mcm2 benda yang nak dibeli padahal budget tak seberapa...hahaha.From chairs to cupboard to bed...kita shortlist benda2 nie semua.
Lepas tu kita org gi queensway shopping centre kejap tengok kasut dengan baju.Bila dah boring kita org gi Masjid Mujahidin untuk solat Zuhur.Lepas tu kita proceed to Geylang Serai.Sampai sana je aku terus gi Hjh Maimunah restaurant untuk reserve 15 seats.Haiz...apa nak jadi dgn dunia nie???Sekarang pungut derma pakai MATS N MINAHS!!!Naik takut org dibuatnya.Terkejar-kejar org mintak derma.Rimas aku dibuatnya.Tak sampai hati aku dermalah sikit sempena bulan yang suci nie.Tapikan yg peliknya diorg kejar aku mintak derma tapi tak mintak Rizal dgn Asyura.Mentang2 aku simpan janggut macam Pak Lebai korang mintak aku eh!!!Cis burger ramly satu!!!..hahaha...Jam menunjukkan kol 3:30...masih banyak masa lagi.Kita org pun rounding2 kat bazaar geylang nie sampai penat.Jadi kita lepaklah pulak kat rooftop Joo Chiat Complex sambil tunggu masuk waktu Asar...hehehe.Kita org solat Asar kat Masjid Khalid.Terjumpa pulak si Idris.Lepas tu kita tunggu yg lain kat depan Hjh Maimunah restaurant.Fazli dgn Syiqin pun sampai.Mana si Khai dgn yg lain nie??Dah nak masuk waktu buka nie.Jadi kita org buka puasalah dulu.Lepas tu Khai,Rab dgn Liyana pun sampai.Aku reserve 15 seat yg dtg 9 org je.Nasib baik aku belum bayar semua...Haiz
Lepas buka puasa kita org jln2 kat bazaar cari baju raya.Terserempak pulak si Yanie dgn Nana.Ingatkan diorg nak join kita rupanya tak.Si Khai berkenan habis dgn baju kat satu kedai nie.Harga pun bole tahan.Aku pernah beli baju kat kedai nie.Designnya pun cantik2.Dah penat jln2 kita org lepak kat Coffeebean.Bariah kebetulan dtg jadi dia joinlah kita org.Tunggukan si Dilah lambat sampai kena halau pasal nak tutup kedai...hahaha..Kita org pun balik takut tertinggal last bus.